17/11/2015:Adam Aziz Dilantik Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Kota Kinabalu Yang Baharu

Laksamana Pertama Maritim, Adam Aziz dilantik sebagai Ketua Penguatkuasa Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu yang baharu, menggantikan Kapten Maritim Zin Azman Md Yunus yang bertukar ke Ibu Pejabat APMM di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan APMM di Kota Kinabalu, majlis serah terima tugas di ibu negeri semalam dihadiri Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Wan Afendi Wan Ahmad.

Adam sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Operasi Wilayah Maritim Sabah dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, sepanjang Zin Azman bertugas selama dua tahun tiga bulan di Sabah, tahap keselamatan di perairan Kota Kinabalu hingga Kudat adalah terkawal. Kes rompakan di laut juga semakin berkurangan selain kes penyeludupan rokok serta dadah dan kehadiran pendatang asing tanpa izin dapat dibendung.

Daerah Maritim Kota Kinabalu terletak di bawah naungan Wilayah Sabah dan Labuan mempunyai keanggotaan seramai 223-pegawai dengan aset berjumlah lima kapal dan enam bot.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s