17/11/2015:Guna Sistem Pengangkutan Mesra Alam Bawa Pelancong Menyusuri Sungai

Pengusaha pelancongan di negeri ini disaran menggunakan sistem pengangkutan mesra alam ketika membawa pelancong menyusuri sungai untuk menyaksikan keindahan kunang-kunang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata langkah itu untuk memelihara kelestarian produk pelancongan tersebut agar tidak pupus. Sebagai contoh, katanya pengangkutan menggunakan kuasa bateri dan bukan petrol atau diesel mungkin boleh mengurangkan gangguan terhadap ekosistem kunang-kunang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Kunang-Kunang dan Kelestarian Pelancongan di Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Masidi, bilangan kunang-kunang di Klias, Beaufort sudah berkurangan dan berdasarkan maklum balas yang diterima, ia mungkin disebabkan produk pelancongan itu tidak dimanfaat secara sistematik dan terkawal.

Beliau turut meminta para saintis menjalankan kajian terperinci berhubung ekosistem kunang-kunang sebagai rujukan untuk memelihara serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang jelas pada waktu malam itu daripada pupus. Ketika ini, terdapat dua destinasi pelancongan yang mempunyai daya tarikan kunang-kuanng iaitu di Rampaian, Kota Belud dan Klias, Beaufort.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s