17/11/2015:Keputusan UPSR 2015 Di Sabah Terus Meningkat

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sabah terus meningkat dengan 53.36-peratus atau 23-ribu 286-calon lulus tahun ini.

Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip, pencapaian melebihi 50-peratus calon UPSR lulus itu merupakan peningkatan dua tahun berturut-turut bagi negeri ini.

Daripada 43-ribu 641-calon UPSR di Sabah, seramai seribu 612-pelajar Tahun 6 berjaya mencapai 5A dan 7A. Mereka terdiri daripada seribu 459-pelajar dari Sekolah Kebangsaan dan 153 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Dalam sidang media di Wisma Pendidikan, Kota Kinabalu, Datuk Jame berkata pencapaian tersebut juga meningkat satu peratus berbanding tahun lalu, 2.77-peratus.

Sepuluh sekolah Terbaik UPSR tahun ini ialah SK Bombalai Tawau, SK Sri Gaya Kota Kinabalu, SRK St. Agnes Kota Kinabalu, SK Bahagia Tawau, SK St Francis Convent Kota Kinabalu, SK Bukit Lalang Semporna, SK St. Benedict Ranau, SK Tanjung Aru 2 Kota Kinabalu dan SK St Monica Sandakan.

 

Ends/alizaali/Oli/Cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s