17/11/2015:YDKMM Bantu Mualaf Di Kawasan Tuaran

Sebanyak 64-sukarelawan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) menganjurkan program ‘YDKMM Youth Awakening’ (YDYA) di Kiulu, Tuaran untuk membantu golongan mualaf di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan YDKMM, daripada jumlah itu, 55-siswazah dan pascasiswazah dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Sabah turut menyertai program itu.

Menerusi program YDYA Siri 1 itu, golongan mualaf dibantu dalam aspek kefahaman mereka mengenai asas-asas agama secara praktikal seperti cara solat, membaca al-Quran dengan tajwid yang betul serta sumbangan berbentuk sejadah, al-Quran berserta terjemahan, kain telekung dan beras.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program ‘1Quran 1Mualaf’ yang memfokuskan pengutipan wakaf al-Quran daripada masyarakat di seluruh negara melalui pakej pembelian yang ditentukan pihak penganjur dan kemudian diserahkan kepada golongan mualaf secara berperingkat melalui sukarelawan YDKMM.

Antara penerima sumbangan wakaf al-Quran melalui program tiga hari itu ialah wakil masjid Kampung Nawoi, Kampung Rangalau Lama dan Kampung Waig Waig.

 

Ends/alizaali/Bernama.

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s