18/11/2015:311 Penerima Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri

Seramai 311 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang dan Pingat-Pingat Negeri Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mendahului senarai penerima darjah tertinggi iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK).

Turut menerima SPDK ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin, bekas Timbalan Ketua Polis Negara.

Sementara itu, Wakil Rakyat Bongawan, Datuk Mohamad Haji Alamin mendahului senarai penerima darjah kedua tertinggi iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Penganugerahan disampaikan Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu. Hadir sama isteri, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri RM Jasni.

Turut disampaikan pingat Jaksa Pendamai (JP) kepada Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad serta tujuh penerima yang lain.

Sementara itu empat Kakitangan Jabatan Penyiaran RTM, Laila Elok, Ismail Mantorai, Awang Damit Masir dan Arnold Antang juga tersenarai menerima anugerah Ahli Darjah Kinabalu (ADK), Bintang Setia Kinabalu (BSK) dan Bintang Kinabalu (BK).

Majlis turut menyaksikan penganugerahan 31-PGDK, 5-JP, 30-Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 54-ADK, 70-BSK, 77-BK dan 42-Sijil Kehormat (SK)

ends/wani/dd/cov-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s