18/11/2015:Nafi Cadang Wujud Cawangan FRIM Di Sabah

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menafikan beliau mencadangkan untuk mewujudkan
cawangan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Sabah.

Sebaliknya beliau hanya mencadangkan FRIM menubuhkan satu bahagian yang khusus untuk menjaga Acacia Mangium dalam lingkungan tugas institut itu.

Dalam kenyataan di Kota Kinabalu menyebut, cadangan itu dibuat berdasarkan Sabah dan Sarawak yang mempunyai ladang Acacia Mangium yang luas iaitu di Sabah seluas 63-ribu hektar dan Sarawak, kira-kira lebih 236-ribu hektar.

Datuk Madius yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, melahirkan kebimbangan beliau terhadap acacia yang ditanam di Sabah kerana banyak pokok bertukar menjadi pulpa dan bukan digunakan untuk membuat perabot.

 

Ends/an/brn-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s