18/11/2015:Peranan Ibu Bapa Penting Dalam Mendidik Anak-Anak

Selain guru di sekolah, peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna, berilmu dan berketrampilan baik.

Menurut Wakil Rakyat Karamunting, Charles O Pang Su Pin, bimbingan dan pemantauan berterusan daripada ibu bapa merupakan cara paling berkesan dalam mendidik anak-anak dan bukannya hanya mengharapkan bantuan para guru semata-mata.

Katanya, dalam kehidupan sekarang yang penuh cabaran termasuk pengaruh teknologi maklumat segala aktiviti anak-anak perlu dipantau bagi mengelak terjerumus dalam gejala sosial.

Beliau berucap merasmikan Hari Graduasi 2015 di Dewan SMK Marpati Sandakan. Seramai 2-ratus 48-murid prasekolah dari 13-buah Tabika Perpaduan Sandakan dirai dalam majlis berkenaan.

Tambah beliau, ibu bapa juga perlu meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam mendidik anak-anak bagi membolehkan mereka bersaing dalam dunia yang penuh cabaran.
End/amran/WN-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s