18/11/2015:Tingkat Kerjasama Dua Hala

Kapal Tentera Laut Diraja Brunei KDB Daruttaqwa dan KDB Syafaat selamat berlabuh di Jeti Operasi Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pukul 8-pagi tadi.

Kapal berkenaan masing-masing diketuai Pegawai Pemerintah, Komander Nor Ariffin Mohd Ali dan Leftenan Komander Awangku Mohammad Fahmy Pangiran Haji Mohd. Sallehuddin.

Dalam kenyataan Pegawai Staf Peperangan, TLDM Kota Kinabalu, Leftenan Komander Mohd Hanis Kasim, KDB Daruttaqwa dan KDB Syafaat akan berada di Pangkalan TLDM selama tiga hari untuk Majlis Penutupan Eksesais Hornbill 25 bagi tahun 2015.

Sebelum ini, kedua-dua kapal telah melakukan Eksesais Hornbill bersama KD Kelantan dan KD Jerong di sekitar perairan Brunei Darussalam dan Sabah selama tiga hari, bermula 13 November lalu.

Eksesais diadakan bagi meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Brunei Darussalam dan Malaysia selain meningkatkan kemahiran dan kesiap siagaan menghadapi ancaman di kawasan perairan negara.

 

(sahira/cov-AN)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s