18/11/2015:USIA Semporna Jalin Kerjasama Dengan NGO Islam Lain

Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Semporna akan menjalin kerjasama strategik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain dalam usaha memperkasa gerakan dakwah di negeri ini.

Ketua Usia Bahagian Semporna, Datuk Haji Razak Tun Sakaran berkata, jalinan kerjasama erat dan berterusan itu penting bagi memastikan usaha mengembangkan syiar Islam lebih menyerlah dan berkesan.

Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan watikah pelantikan kepada ahli jawatankuasa baharu USIA Semporna bagi sesi 2015/2017 di Semporna.

Datuk Razak berkata, keadaan dan cabaran pada masa ini begitu besar dan harus ditangani bersama oleh setiap umat Islam.

Tambahnya, USIA juga perlu sentiasa melakukan perubahan dalam setiap program dakwahnya bagi memastikan ia terus relevan.

 

Ends/an/st-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s