20/11/2015:Bersatu Pertahan Kemerdekaan Dan Kesejahteraan Negara

Tidak ada jaminan keamanan negara yang dikecapi kini dapat terus dinikmati sekiranya rakyat tidak bersatu hati dalam mempertahan nilai kemerdekaan dan kesejahteraan negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata, meskipun wujud perbezaaan fahaman dalam kalangan masyarakat, ia tidak seharusnya dijadikan penghalang menjadikan kedaulatan dan keamanan negara sebagai matlamat utama setiap rakyat.

Katanya, serangan di Paris, Perancis baru-baru ini menjadi contoh jelas bahawa terdapat pihak ekstrimis yang sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan perpecahan serta kemusnahan dengan mewujudkan suasana huru hara dalam sesebuah negara.

Datuk Salleh yang juga Wakil Rakyat Usukan menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Perdana Kanak-kanak Tabika dan Taska Kemas Parlimen Kota Belud 2015 di Dewan Tun Said, Kota Belud. Pada majlis itu, seramai 807 kanak-kanak daripada 110 tabika dan taska Kemas menerima sijil masing-masing.

 

salma/asmat/cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s