20/11/2015:Ibu Bapa Dan Guru Perlu Jalin Kerjasama Erat

Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kerjasama erat antara ibu bapa dan pentadbir sekolah, selain kebijaksanaan warga pendidik sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, kemudahan pembelajaran yang canggih tidak cukup melonjakkan kecemerlangan sekolah sekiranya tidak ada kesepaduan antara guru dan ibu bapa.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen warga pendidik di negeri ini untuk melahirkan para pelajar cemerlang dalam UPSR. Prestasi berkenaan hendaklah dipertahankan dalam usaha membantu kerajaan melahirkan masyarakat berilmu.

Datuk Haji Yahya yang juga Wakil Rakyat Petagas berucap dalam majlis anugerah pelajar cemerlang dan graduasi Sekolah Kebangsaan Petagas di Putatan.

Sementara itu, katanya, kerajaan akan mempercepatkan pengunaan Sekolah Menengah Petagas yang telah lama tergendala disebabkan masalah teknikal. Sekolah itu kini dalam proses perundingan dan dijangka siap sepenuhnya tidak lama lagi.

 

Hoh/cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s