20/11/2015:Kerajaan Negeri Bentang Bajet 2016

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman hari ini membentangkan Bajet Negeri bagi tahun 2016 berjumlah 3.49 bilion ringgit pada persidangan dewan undangan negeri di Kota Kinabalu.

Bajet yang bertemakan “Belanjawan Berhemah, Berjiwa Rakyat” itu merupakan surplus bajet berdasarkan anggaran kutipan hasil bagi tahun 2016 sebanyak 3.52 bilion ringgit.

Datuk Musa mencadangkan agihan peruntukan sebanyak 714.29 juta ringgit untuk emolumen dan 1.179 bilion ringgit bagi perbelanjaan berulang. Manakala, sejumlah 1.596 bilion ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan khas.

Datuk Musa berkata, ekonomi negeri pada 2016 akan bertumbuh secara sederhana pada kadar 3.5 hingga 4.5 peratus.

Sementara itu, sebelum memulakan pembentangan bajet berkenaan, semua ahli dewan bertafakur selama seminit bagi memperingati pemergian mangsa culik di sandakan pada mei lepas, Bernard Then Ted Fen, 39 tahun yang dipercayai dibunuh kumpulan Abu Sayyaf, baru-baru ini.

 

Ends/artika/mar/cov-JULIANA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s