20/11/2015:Mercy Malaysia Dan UMW Mulakan Misi Bantuan Perubatan Ke Kampung Inarad

Mercy Malaysia dengan kerjasama UMW Corporation Sendirian Berhad memulakan misi bantuan perubatan ke Kampung Inarad, Kinabatangan hari ini yang akan berakhir ahad ini.

Misi berkenaan disertai kira-kira 50 sukarelawan Mercy, anggota UMW dan media menggunakan 11 kenderaan pacuan empat roda yang dilancarkan Pengerusi Mercy Sabah, Doktor Helen Benedict Lasimbang.

Ketika ditemui pemberita RTM, Doktor Helen berkata, misi ke-6 yang diketuai Doktor Anbarasu Ramalingam tersebut akan memberi bantuan perubatan kepada lebih 660 penduduk Kampung Inarad.

Misi itu akan menjalankan pemeriksaan dan rawatan asas dan pergigian kepada kanak-kanak, warga emas dan wanita.

Kampung Inarad dipilih dalam pelaksanaan misi itu kerana tiada klinik kesihatan dan penduduknya sukar mendapatkan rawatan berikutan jaraknya yang jauh di kawasan pedalaman.

 

dman/yuzri/wn/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s