20/11/2015:Projek Solar Barefoot Beri Peluang Penduduk Kg. Sonsogon Magandai Nikmati Bekalan Elektrik

Hasil usaha gigih Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (SWEPA) melaksanakan Projek Solar Barefoot di Kampung Sonsogon Magandai, Kota Marudu, lebih 300 penduduk kampung berkenaan kini berpeluang menikmati bekalan elektrik menggunakan tenaga solar sejak Jun lalu.

Hadir bagi menyempurnakan pelancaran Projek Solar Barefoot SWEPA tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Ketika berucap, Datuk Anita memuji usaha SWEPA mencari dana dan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek itu agar penduduk kampung berkenaan tidak lagi bergelap pada waktu malam.

Beliau juga kagum kerana dalam projek pertama itu, seorang nenek, Tarihing Masanim, 47 tahun yang dihantar SWEPA ke Kolej Barefoot Tilonia India selama enam bulan untuk mempelajari kejuruteraan panel solar telah berjaya memasang panel solar ke seratus buah rumah di kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Datuk Anita turut mengumumkan peruntukan berjumlah 30-ribu ringgit untuk membesarkan rumah persinggahan di Kg. Sonsogon Magandai.

 

Juliana/RG/Cov/JB

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s