20/11/2015:Sistem Pengurusan Kewangan Akan Ditambah Baik

Kerajaan negeri akan terus menambah baik sistem pengurusan kewangan agar lebih dapat mamaksimumkan pendapatan negeri ini.

Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Ramlee Marhaban berkata, usaha itu termasuklah memantau pungutan hasil negeri, selain memastikan setiap jabatan dan agensi di negeri ini menggembleng tenaga meningkatkan prestasi pendapatan negeri.

Menurutnya, penelitian terperinci setiap perkembangan ekonomi khususnya industri berpotensi mendatangkan hasil merupakan kunci kejayaan kerajaan negeri yang mendapat pengiktirafan lima bintang pengurusan kewangan terbaik bagi tempoh 7 tahun berturut turut.

Datuk Ramlee ditemui Pemberita RTM selepas majlis penangguhan Kursus Pendakwah Kewangan Islam peringkat negeri di Kota Kinabalu.

Mengenai kursus tersebut, beliau yakin ia berupaya meningkatkan kefahaman umat islam terhadap sistem kewangan islam termasuk isu perbankan, hutang, takaful dan wasiat.

Seramai 60 peserta dari pelbagai agensi kerajaan menghadiri Kursus dua hari anjuran Yayasan Dakwah Islam Malaysia tersebut.

 

End/mun/ra

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s