20/11/2015:Tiga Lelaki Ditahan Langgar Perintah Berkurung Di Semporna

Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan tiga lelaki kerana melanggar arahan perintah berkurung di perairan Pulau Gaya di Semporna, kelmarin.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, kesemua mereka yang berumur antara 22 dan 38 tahun itu, ditahan dalam Op Taring di kawasan perairan berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi Khamis.

Ketika operasi itu pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot di kawasan berkenaan. Apabila diperiksa terdapat tiga lelaki menaiki bot itu gagal
mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung. Turut dirampas satu unit enjin bot pam dan 13 tong minyak kosong.

Dalam kenyataan di Semporna, ACP Mohamad berkata, kesemua mereka kemudiannya ditahan kerana melanggar arahan perintah berkurung dan akan disiasat mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

 

Juliana/Bernama

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s