20/11/2015:TUDM Berjaya Tamatkan Eksesais Paradise 2/2015

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya menamatkan Eksesais Paradise 2/2015 selepas 12 hari latihan di ruang udara Sabah, Labuan dan sekitarnya tanpa sebarang insiden.

Eksesais tersebut melibatkan latihan serangan terjunan para, pengisian bahan bakar di udara, operasi helikopter, penyisipan trup operasi khas dan prosedur penurunan bersama pasukan media.

Pada majlis penutupan di pangkalan TUDM Labuan, Komander Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad berkata, eksesais tersebut merupakan sebahagian daripada usaha latihan bersepadu untuk semua aset dan perkhidmatan.

Ia juga platform terbaik meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan TUDM dalam mempertahankan kedaulatan ruang udara negara secara berkesan dan cekap.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelan untuk meningkatkan keupayaan pertahanan di Labuan bagi menghadapi ancaman ruang udara. Ini merupakan faktor utama kerajaan menempatkan satu skuadron jet pejuang di pangkalan udara Labuan dan menubuhkan pusat bantuan operasi udara di Tawau dan Sandakan tidak lama lagi.

 

Bernama/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s