24/11/2015:Bantu Kerajaan Perkasa Golongan Belia

Golongan belia di negeri ini diajak membantu kerajaan untuk memperkasakan golongan berkenaan agar tidak tersisih dari arus pembangunan perdana, terutama belia di luar bandar.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah Haji Yamani Hafez Datuk Musa Musa berkata, melalui pembentangan bajet negeri Sabah 2016 Jumaat lalu, sejumlah 65.75 juta ringgit diperuntukkan kepada golongan belia melalui kementerian berkaitan selaras dengan teras strategik kecemerlangan sukan. Ia dibangunkan dibawah kertas cadangan Pembangunan Sukan Negeri Sabah 2015 – 2030.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan MR.Crocker Range 2015 di Keningau.

Dalam kejohanan itu Firman Rayner Jamis dinobatkan sebagai Mr.Crocker Range 2015. Manakala bagi kategori 70-kilogram ke atas dan 70-kilogram ke bawah masing-masing dimenangi Suhaili Toipin dan Radeh Juakim.

Kesemua pemenang menerima hadiah wang tunai dan sijil penghargaan.

(ends/id/loy/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s