24/11/2015:Jawatan Yang Dipertua USIA Akan Menyaksikan Pertandingan

Buat pertama kalinya, jawatan Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan menyaksikan pertandingan setelah ia tidak pernah dicabar sejak 46-tahun lalu.

Timbalan Yang Di Pertua USIA Haji Abdul Hakim Haji Gulam Hassan, 39-tahun, dengan rendah hati mengesahkan akan bertanding bagi jawatan tertinggi itu yang kini disandang Tun Haji Sakaran Dandai, sejak tahun 1994.

Dalam satu kenyataan media di Kota Kinabalu beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat sebagai menghormati kehendak ahli ahli Usia di Peringkat akar umbi. Katanya USIA yang merupakan satu-satunya pertubuhan Islam terbesar di negeri ini perlu melakukan tranformasi untuk mengerakkan peranannya sebagai NGO Islam, merangka pelan strategi dakwah terbaik bagi memastikan syiar Islam dapat disebarkan secara sempurna sekali gus mengembalikan kecemerlangan syiar Islam di negeri ini.

Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ini akan berlangsung pada 27 hingga 28 November ini, Menara Usia, 1 Borneo, Kota Kinabalu. Ia bakal dihadiri lebih 300-perwakilan dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

(ends/id/st)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s