25/11/2015:Amalan Kenakan Bayaran Menggunakan Tandas Perlu Dihapuskan

Amalan mengenakan bayaran terhadap pengunjung yang menggunakan tandas di kompleks beli-belah negeri ini perlu dihapuskan.

Ketika membahaskan Bajet Negeri 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kinabalu Wakil Rakyat Sindumin,Datuk Ahmad Bujang berkata, bayaran itu tidak harus dikenakan kerana kos penggunaan kemudahan itu telah ditanggung oleh penyewa kompleks.

Datuk Ahmad juga berharap pihak berkuasa mengambil serius berkenaan penjagaan kebersihan tandas awam di Sabah bukan sahaja untuk keselesaan pengguna tempatan tetapi bagi menjaga imej Sabah di kalangan pelancong asing yang berkunjung ke negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Datuk Ahmad meminta pihak berkuasa agar meneliti masalah bangunan yang terbengkalai sekian lama di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu kerana ia mencacatkan pemandangan dan imej bandaraya di kalangan pelancong.

Beliau juga mencadangkan supaya kemudahan Wifi dan Internet di pusat tumpuan pelancong seperti hotel dipertingkatkan aksesnya kerana masih terdapat hotel di negeri ini tidak mempunyai kemudahan itu.

 

Esna/Wani/Bernama/Jane

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s