25/11/2015:Bangunkan Lebih Banyak Perumahan Kos Rendah Di Sabah

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman mencadangkan agar Lembaga Pembangunan Perumahan Sabah membangunkan lebih banyak perumahan kos rendah bagi menampung keperluan rakyat yang berpendapatan rendah di negeri ini.

Kerajaan juga diminta menyegerakan pembinaan jalan raya ke Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Sukau.Ketiadaan jalanraya ke kawasan itu menyebabkan pelaksanaan projek tersebut mengalami kelewatan.

Beliau menyatakan demikian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas.

Datuk Saddi turut merakamkan terima kasih atas peruntukan kerajaan sebanyak 67.2 juta ringgit bagi membina jambatan kedua di Sukau yang bermula tahun depan.

Beliau juga memaklumkan Dataran Tamu Pekan Sukau yang bernilai 2-juta ringgit telah siap sepenuhnya manakala Masjid Tun Juhar di Pekan Baru Sukau,bernilai 5-juta ringgit sedang dalam pembinaan.

 

esna/wani/cov/Jane

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s