25/11/2015:Laksana Urus Tadbir Yang Baik Dan Telus

Semua Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diingatkan agar terus melaksanakan urus tadbir yang baik dan telus.

Dalam sidang media di Bangunan DUN Sabah Kota Kinabalu, Timbalan Ketua Menteri yang juga menteri berkaitan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, langkah itu juga dapat mengoptimakan keuntungan jabatan dan agensi terlibat.

Beliau ditemui media selepas Majlis Penyerahan Cek bagi pembayaran dividen sebanyak lebih 71 ribu ringgit dan pembayaran balik pinjaman sebanyak 2 juta ringgit daripada Pengerusi Pemasaran Perikanan Sabah Sendirian Berhad (SAFMA) Datuk Jaujan Sambakong kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pengiran Hasanel Pengiran Mohd. Tahir dan disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Terdahulu Ketua Menteri turut menerima kunjungan Pengarah Penyiaran Sabah yang baharu, Haji Ali Haji Ngasio dan pegawai kanan RTM.

 

MFJA/AY/COV/artika/Jane

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s