25/11/2015:Percepat Penggazetan Kawasan Di Hutan Simpan Dalam Kawasan Sugut

Ahli Dewan Undangan Sugut, Datuk James Ratib memohon agar Jabatan Perhutanan mempercepat penggazetan kawasan yang dijanjikan untuk penduduk di Hutan Simpan dalam kawasan Sugut, Sandakan.

Penggazetan itu perlu ekoran pertambahan ahli keluarga penduduk yang memerlukan tapak tanah untuk membina rumah tanpa menyalahi undang-undang.

Beliau menyatakan demikian dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas.

Datuk James juga berharap agar Jabatan Hutan mengeluarkan 20 hektar kawasan hutan simpannya untuk pembinaan sekolah menengah.

Ini kerana Jabatan pendidikan Negeri telah meluluskan pembinaan sekolah tersebut tetapi menghadapi kekangan ekoran tanah yang dicadangkan terletak di kawasan Hutan Simpan Jabatan tersebut.

Tahun lalu, Jabatan Hutan Sabah telah memberi kelonggaran kepada penduduk di kawasan Sugut, untuk terus tinggal di kawasan Hutan Simpan dengan bersyarat.

 

esna/wani/cov/Jane

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s