25/11/2015:Perlu Dilaksana Segera Untuk Kepentingan Penduduk

Pembinaan projek jambatan Pulau Bum-Bum ke tanah besar Semporna perlu dilaksanakan segera.

Wakil rakyat Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata,pembinaan prasarana itu bukan sahaja memberi impak dalam kegiatan ekonomi penduduk malah turut membangunkan kawasan pulau berkenaan.

Selain itu ia juga mampu mewujudkan penempatan lebih terancang sekaligus mengurangkan masalah setinggan di Semporna. Beliau berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di Kota Kinabalu.

Dalam perkembangan lain,Datuk Jaujan juga memberitahu, masyarakat Semporna memerlukan tahap infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih baik seperti pewujudan stesen mini bomba,naiktaraf klinik kesihatan dan pembinaan bangunan kekal Balai Polis Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Bagaimanapun,katanya penduduk Semporna berterima kasih kepada kerajaan atas pelaksanaan projek pembinaan Loji Air dan Pemasangan Rangkaian Paip yang bernilai 160 juta ringgit pada tahun depan.

 

Esna/Wani/Ta/Cov/Jane

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s