26/11/2015:Diskaun Bayaran Saman Sehingga 30 Peratus Bermula Januari

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan pemberian diskaun sehingga 30-peratus bagi pembayaran saman bermula Januari depan.

Ketua Pengarah JPJ, Dato’ Sri Ismail Ahmad berkata, pemberian diskaun itu sempena pelaksanaan JPJ mendekati rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik di kawasan tumpuan orang ramai khususnya luar bandar.

Ia juga keprihatinan JPJ untuk mengurangkan beban rakyat dengan keadaan harga barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat.

Beliau ditemui RTM selepas melancarkan Jom JPJ Bersama Mu di Tapak Tamu Donggongon,Penampang.

Menurut Dato’ Ismail, program julung kali berkenaan akan diperluaskan di seluruh Sabah melibatkan 16-cawangan JPJ pada setiap minggu. Program itu membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan seperti membayar saman, memperbaharui lesen dan cukai jalan.

 

Jane/Dasni/Cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s