26/11/2015:DUN Sabah Lulus Usul Berkaitan Tindakan Nurul Izzah

Hari terakhir Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, HARI INI meluluskan usul berkaitan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang mengadakan pertemuan dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata yang menceroboh Lahad Datu pada 2013, untuk menyokong usaha membebaskan ayahnya.
Perjumpaan itu mencetuskan kerisauan dan ketakutan dalam kalangan rakyat dan mencabar kedaulatan negara.
Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah mengemukakan usul dibawah peraturan tetap 31 (3).
Usul itu merangkumi 4 perkara, iaitu kawalan keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah terus diperketat dan pelanjutan perintah berkurung, tindakan undang-undang dan siasatan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Anggota Parlimen Batu, Tian Chua serta larangan untuk memasuki Malaysia kepada Jacel H. Kiram dan mereka yang berkaitan.
Sementara itu, DUN Sabah turut meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (2016) 2015 berjumlah 3.49-bilion ringgit.
Tiga Rang Undang-undang lain turut diluluskan DUN Sabah, iaitu Rang Undang-undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan)(Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Enakmen Haiwan 2015 dan Rang Undang-Undang Enakmen Kebajikan Haiwan 2015.

(24) artika/dun/cov/Juliana

SHERYL

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s