26/11/2015:Festival Muzik Bambu Mampu Tarik Pelancong Ke Sabah

Festival Muzik Bambu berpotensi dijadikan salah satu produk pelancongan unik yang mampu menarik pelancong ke negeri ini.

Sehubungan itu, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston berkata, satu rangka strategik akan diambil bagi menganjurkan program itu secara besar-besaran dan lebih meriah pada tahun depan.

Menurutnya, pelbagai inisiatif akan diambil untuk mempromosikan Festival Muzik bambu, termasuk menggunakan rangkaian laman sesawang pejabat pelancongan Malaysia di luar negara serta pejabat kedutaan.

Selain itu, Lembaga Pelancongan Sabah juga akan terus memberi sokongan dan galakan menjayakan festival itu pada masa akan datang.

Datuk Joniston ditemui pemberita sempena Bambusia Gala Nite anjuran Persatuan Orkestra Muzik Bambu Kinabalu dan Sri Pelancongan Sabah di Tamparuli.

Kira-kira 500 orang menghadiri Bambusia Gala Nite semalam bagi menyaksikan persembahan nyanyian artis tempatan dan persembahan muzik bambu.

 

oli/ta/cvr/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s