26/11/2015:IPG Diperkenal Untuk Tambah Pendapatan Pekebun Kecil Dan Penoreh Getah

Kerajaan memperkenalkan Insentif Pengeluaran Getah (I.P.G) untuk menambah pendapatan pekebun kecil dan penoreh getah yang berkuatkuasa 1 September tahun ini.

Insentif itu dibayar kepada pekebun kecil getah yang berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (L.I.G.S) pada setiap bulan berikutnya setelah mengambil kira perbezaan harga getah di pasaran dunia.

Demikian penjelasan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin ketika menjawab pertanyaan Wakil Rakyat Kuala Penyu, Limus Jury dalam sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri di Likas, Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan, bagi bulan oktober tahun ini, seramai 14 ribu 996 pekebun kecil dan penoreh getah menerima insentif berjumlah 854 ribu 190 ringgit.

 

Rita/Don/Tika/Ay/Cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s