26/11/2015:Proses Penyemakan Dilaksana Februari 2016

Jabatan Pendidikan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pendidikan menggunakan tiga strategi bagi mencapai 90 peratus guru asal Sabah mengajar di negeri ini dalam tempoh tiga tahun bermula tahun depan.

Menurut Exco Pendidikan Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, strategi pertama melibatkan permohonan pertukaran guru asal Sabah yang bertugas di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Strategi kedua melibatkan permohonan pertukaran guru asal Semenanjung, Sarawak dan Labuan yang bertugas di Sabah. Manakala, strategi ketiga melibatkan pelantikan graduan institut pengajian tinggi awam dan swasta anak jati Sabah untuk diserap dalam bidang pendidikan.

Ketiga-tiga strategi itu berjalan serentak secara berperingkat dalam tiga fasa bermula tahun 2016 hingga 2018.

Datuk Masidi menjelaskan demikian ketika menjawab soalan Wakil Rakyat Bongawan Datuk Mohamad Alamin pada Persidangan Dun Sabah di Likas.

Datuk Masidi memaklumkan, semua data pemohon program inisiatif 90 Nisbah 10 telahpun dihantar ke Kementerian Pendidikan. Proses penyemakan dan tindakan akan dilaksanakan pada bulan februari 2016.

 

don/tika/rita/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s