26/11/2015:Sabah Mempunyai Jumlah Rezab RM 3 Bilion

Sabah mempunyai jumlah rezab kira-kira tiga bilion ringgit untuk memastikan pembangunan sosio ekonomi negeri kekal berterusan pada masa akan datang.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, penggubalan belanjawan surplus adalah bagi mendokong usaha peningkatan kedudukan wang simpanan atau rezab negeri.

Belanjawan 2016 berjumlah 3.490 bilion ringgit menyaksikan lebihan atau surplus sebanyak 29.9 juta ringgit berbanding kutipan hasil 3.520 bilion ringgit.

Datuk musa menyatakan demikian dalam ucapan penggulungan perbahasan Kementerian Kewangan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Likas.

Beliau juga menjelaskan, prestasi pelaburan dalam syarikat M3nergy, sebuah anak syarikat milik penuh Sabah Development Bank Berhad menunjukkan pulangan.

Projek M3nergy di Bukit Tua, Indonesia memulakan pengeluaran minyak pertama pada mei 2015. Setakat 9 bulan pertama tahun 2015, kumpulan M3nergy mencatat jumlah keuntungan sebanyak 109 juta ringgit.

 

artika/ don/rita/ay/cov/Juliana

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s