01/12/2015:Hormat Suara Rakyat Tanpa Kira Perbezaan Politik

Para pemimpin masyarakat khususnya Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di negeri ini diseru untuk turun padang bagi mendekati rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya berkara, komitmen itu selaras dengan prinsip kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menghormati suara rakyat tanpa mengira perbezaan politik.

Jelasnya, Kerajaan BN komited untuk memastikan proses pembangunan negara dilakukan secara adil dan saksama malah akan terus menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Program Puteri Prihatin anjuran Puteri UMNO Batu Sapi di Kampung Istimewa, Jalan Batu Sapi, Sandakan.

Dalam majlis itu, Datuk Samsudin menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan dapur kepada 12 orang penerima terdiri daripada warga emas dan orang kurang upaya.

Ujar beliau, perjumpaan seperti itu akan diteruskan melibatkan ketua kampung, pemimpin masyarakat serta ketua-ketua Umno cawangan bagi mengenal pasti masalah rakyat di peringkat akar umbi.

 

Ends/FLA (FLA/St)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s