01/12/2015:Keselamatan Di Tawau Perlu Diperkukuh

Keselamatan di Tawau perlu diperkukuhkan bagi mengelak ia menjadi kawasan transit kegiatan jenayah rentas sempadan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mengingatkan pasukan keselamatan supaya tidak leka dalam tugas kerana daerah itu terdedah terutama kepada aktiviti penyeludupan, pemerdagangan manusia, penculikan dan kawasan transit pengganas.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas jawatan ketua polis daerah Tawau di Tawau.

Datuk Jalaluddin berkata Tawau juga merupakan salah satu daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dan kedudukannya “paling hujung di negeri ini” yang berkongsi sempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan perairan Laut Sulu serta Laut Sulawesi.

Oleh itu, beliau berkata isu persempadanan membabitkan Tawau, yang masih dipertikaikan oleh negara luar, juga perlu sentiasa diberi perhatian.

Ini termasuk isu nelayan tempatan yang menangkap ikan di perairan negara tetapi ditangkap oleh pihak berkuasa negara jiran (Indonesia) kerana menganggap kawasan itu kawasan mereka.

 

Beliau berkata selain aspek keselamatan yang perlu diperkukuhkan, kedudukan strategik daerah Tawau menjadikan ia kawasan yang berupaya menjana ekonomi.

Pada majlis itu, bekas Asisten Komisioner Pasukan Petugas Khas Bukit Aman ACP Fadil Marsus menerima tugas ketua polis daerah daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Mustaffa Maarof, yang memangku jawatan ketua itu sejak Jun lepas.

 

Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s