01/12/2015:Kota Kinabalu, Sandakan Dan Tawau Paling Tinggi Catat Kes Penagih Dadah

Pendekatan berkongsi pengalaman dan kisah hidup banduan merupakan cara terbaik dalam kempen memerangi najis dadah dan jenayah.

Naib Yang Di-Pertua PEMADAM Kebangsaan merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, cara itu bukan sahaja berkesan malah dapat mendekati masyarakat.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas merasmikan Penutupan Program Cekap dan Pelancaran “2016 Substance Awareness Calender” di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kepayan, Kota Kinabalu.

Datuk Jainab yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata, sikap tamak dan salah guna untuk meningkatkan produktiviti menjadi antara faktor terjebak dengan dadah, selain masalah keluarga dan penganiayaan.

Statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencatat belia berumur antara 19 hingga 39 tahun paling ramai terlibat dengan dadah dan bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau paling tinggi mencatat kes penagih dadah di Sabah.
Ends/FLA/Salma/cov

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s