01/12/2015:KUMPULAN PERTAMA PENDAKI GUNA LALUAN BAHARU KE PUNCAK GUNUNG KINABALU

Seramai 135 orang pendaki terdiri daripada pelancong, pengamal media, agensi kerajaan dan malim gunung memulakan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu HARI INI yang juga hari pertama laluan pendakian dibuka selepas tragedi gempa bumi pada 5 Jun lalu.

Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bermula hari ini juga Taman-Taman Sabah akan memberi insuran perlindungan nyawa dan kemalangan kepada semua malim gunung.

Selain itu, kadar bayaran perkhidmatan malim gunung akan dinaikkan daripada seratus 50-ringgit kepada 2ratus 30-ringgit bagi setiap malim.

Beliau ditemui media pada Program Pelepasan Peserta Pendakian Ke Puncak Gunung Kinabalu di Kundasang.

Turut hadir Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Jamili Nais, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah dan Pendaki Solo Gunung Everest Negara, Ravi Chandran.

Bagi Fasa pertama para pendaki akan memulakan pendakian dari Timpohon ke Laban Rata. Esok, fasa kedua diteruskan sehingga ke puncak Gunung Kinabalu.

 

Ends/FLA (Shon/Aj/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s