01/12/2015:Lelaki Rentung Dalam Kebakaran Di Likas

Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Taman Kemajuan Kampung Likas, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K. Ramin di Kota Kinabalu, mayat mangsa ditemui anggota bomba sebaik sahaja api dipadamkan.

Katanya, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 4.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Jelasnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar kira-kira 90 peratus.

Mohd Affendy berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s