01/12/2015:Perkhidmatan Kesihatan Terus Diperhebat

Perkhidmatan kesihatan untuk penduduk negeri ini terus diperhebat.Ini termasuk pewujudan klinik 1Malaysia di kawasan taman perumahan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Edris berkata, keperluan masyarakat itu sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan menyediakan perkhidmatan terbaik dengan caj minimum iaitu pada kadar 1-ringgit untuk penduduk tempatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Klinik 1Malaysia PPR Gum-Gum Jaya di Batu 16 Sandakan.

Datuk Zakaria turut mengalu-alukan usaha Kementerian Kesihatan menempatkan seorang Pegawai Perubatan atau Doktor di Klinik 1 Malaysia bermula 1 Januari tahun depan.

Jelasnya, langkah itu amat tepat bagi memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif di negeri ini.

Klinik 1Malaysia PPR Taman Gum Gum Jaya yang dibuka bermula hari ini merupakan Klinik 1Malaysia yang ke 6 di Sandakan dan yang ke-38 di negeri Sabah.

 
End/FLA (amran/saziri/cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s