01/12/2015:PILIH UNIVERSITI AWAM UNTUK DINAIK TARAF UNIVERSITI TERKENAL DUNIA

Pengerusi Penganjur Persidangan Mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (Universiti Awam) 2015 Tun Zaki Tun Azmi mencadangkan supaya kerajaan memilih satu atau dua universiti awam (UA) di negara ini untuk dinaik taraf menjadi universiti terkenal dunia.

Beliau berkata, meskipun negara tidak mampu mengangkat kesemua UA ke taraf sama seperti University Of Oxford dan Cambridge, tidak mustahil negara boleh mencapai hasrat itu sekiranya satu atau dua UA berkenaan dipupuk menjadi antara 20 universiti terbaik dunia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada persidangan itu di Kota Kinabalu.

Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi Datuk Nik Ali Mat Yunus yang mewakili Ketua Setiausahanya Datuk Dr Zaini Ujang.

Mengulas lanjut Tun Zaki berkata, setiap UA di Malaysia perlu bekerjasama dengan memberi sokongan penuh ke atas universiti terpilih itu dan tidak perlu berasa cemburu.

 

 

Ends/FLA/BERNAMA

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s