02/12/2015:Detik Cemas Salah Seorang Penumpang Bas

Insiden kemalangan bas ekspres dan proton saga di Jalan Simpang Kiau, Kota Belud-Ranau, kelmarin.

 
Seorang penumpang bas yang cedera, Hariadi Haripai memberitahu, seperti dalam ‘roller-coaster’, itulah detik cemas yang dirasainya ketika bas yang beliau naiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.

 
Akibat tergolek dan tercampak keluar dari bas mengakibatkan beliau luka di bahagian muka dan menerima 8 jahitan.

 
Berikutan kemalangan itu, Hariadi, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang sepatutnya mengikuti lawatan sambil belajar ke Beijing, China ESOK, terpaksa membatalkan lawatannya.

 
Menurutnya, sebelum kejadian, pemandu bas cuba memotong kenderaan di hadapan, namun gagal kerana bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah bertentangan.

 
Kemalangan tersebut mengorban 3 orang iaitu pemandu dan penumpang proton saga, manakala 25 penumpang bas cedera.

 
Daripada jumlah itu, 20 penumpang sedang dirawat di Hospital Ranau, 2 di Hospital Queen Elezabeth Kota Kinabalu dan 3 di Hospital Tuaran.

 

Maria (Oli/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s