02/12/2015:Elak Krisis Besar Berlaku Pada Masa Hadapan

Terdapat keperluan untuk mengkaji kesan jangka panjang gempa bumi di Ranau dan banjir kilat di Kota Belud bagi mengelakkan krisis besar berlaku pada masa hadapan.

 
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, selain itu, kekurangan bekalan air di daerah berkenaan juga boleh menjejaskan kehidupan di kedua-dua daerah terutama pertanian di Kota Belud.

 
Beliau berucap merasmikan seminar dan bengkel bencana alam ‘Membina Kod Ramalan Gempa Bumi dan Analisis Trend’ di Kota Kinabalu. Seminar itu susulan dialog awal pada 2013 anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Institut Geologi Malaysia dengan kerjasama Universiti Kao Yuan, Taiwan.

 
Seratus 37 pakar dan peserta dari Malaysia, Taiwan, Singapura dan Indonesia menyertai seminar itu.

 
Datuk Masidi berkata, kerajaan negeri membuat keputusan bahawa semua bangunan dan perancangan pembangunan masa akan datang di kawasan berpotensi berlaku gempa bumi perlu mengambil kira kesan bencana.

 
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menurutnya, akan mengambilkira keperluan itu apabila meluluskan struktur bangunan.

 
Beliau turut memuji usaha UMS menganjurkan kempen kesedaran mengenai gempa bumi dan berharap seminar tersebut akan mempersiapkan Sabah dalam menghadapi bencana alam di masa akan datang.

 

Maria (Firdaus/Cov-Brna)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s