02/12/2015:KIULU AKAN DIBANGUNKAN SEBAGAI DESTINASI EKO-PELANCONGAN BAHARU

Lembaga Pelancongan Sabah berhasrat menjadikan Kiulu, dalam daerah Tuaran, salah satu tarikan pelancongan luar bandar di negeri ini.

 
Pengerusinya, Datuk Joniston Bangkuai berkata, Kiulu yang keluasannya hampir menyamai negara Singapura, mempunyai banyak tarikan dan keunikan yang mampu menarik pelancong.

 
Beliau ditemui pemberita di Kiulu.

 
Menurut Datuk Joniston, Kiulu berpotensi dikembangkan dalam sektor pelancongan kerana memiliki sungai cantik dan bersih dengan hampir 300 jambatan gantung serta 68 kawasan tagal.

 
Ketika ini, Kiulu sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar untuk berkayak di Sungai Kiulu.

 
Sehubungan itu, pihaknya akan mencari jalan cara mewujudkan inap desa untuk membolehkan pelancong tinggal lebih lama di Kiulu.

 
Datuk Joniston yakin penganjuran ‘Kiulu Adventure Challenge’ pada 13 Disember ini, antara usaha memperkenalkan Kiulu dan Tamparuli sebagai destinasi eko-pelancongan kepada masyarakat dunia.

 
Setakat ini, hampir 400 peserta mengesahkan penyertaan dalam acara tersebut.

 

Maria (Juliana/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s