02/12/2015:Medium Komunikasi Bersemuka Untuk Sampaikan Mesej Anti Rasuah

Konvoi Kembara Anti Rasuah Peringkat Negeri merupakan medium komunikasi bersemuka untuk menyampaikan mesej anti rasuah dalam kalangan masyarakat.

 
Menurut Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Haji Mohammad Hamsan Awang Supain, menerusi konvoi, masyarakat berinteraksi secara terus dengan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang kegiatan dan kesan akibat rasuah.

 
Beliau berucap pada majlis pelepasan konvoi berkenaan di Sandakan.

 
Konvoi yang disertai 30 buah motosikal berkuasa tinggi daripada ‘Sabah Big Bikers Association (S-B-B-A) dan SPRM itu bermula dari Kota Kinabalu dan melalui beberapa daerah terpilih seperti Kota Belud, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau dan Sandakan.

 
Mohammad Hamsan berkata, penglibatan SBBA dalam konvoi itu boleh dijadikan contoh dalam menyedarkan masyarakat tentang bahaya rasuah.
Konvoi tersebut turut mengedar risalah, poster dan cenderahati anti rasuah serta mengumpul tandatangan ‘deklarasi komitmen anti rasuah’.

 

Maria (Amran/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s