02/12/2015:Pendakian Percubaan Ke Gunung Kinabalu Berjaya Dilaksana

Pendakian percubaan ke puncak Gunung Kinabalu menggunakan laluan baharu berjaya dilaksanakan apabila kesemua 135 pendaki, termasuk 55 pendaki warga asing, berjaya sampai ke puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu, kira-kira pukul 7.45 pagi tadi.

 
Pendakian yang turut disertai pendaki solo Gunung Everest negara, Ravi Chandran, merupakan kumpulan pendaki pertama ke puncak Gunung Kinabalu selepas aktiviti pendakian ke puncak gunung itu ditutup susulan gempa bumi pada 5.9 skala richter melanda Ranau, pada 5 Jun lepas.

 
Antara 20 wakil media yang turut menjayakan pendakian percubaan berkenaan dan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4 ribu 095.2 meter, ialah wartawan RTM Sabah Sharon Raymond Kisil dan Jurukamera Arnold Antang.

 
Kumpulan berkenaan memulakan pendakian melalui Pintu Timpohon kira-kira pukul 8.30 pagi kelmarin dan dilepaskan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

 
Laluan baharu ke puncak Gunung Kinabalu itu diwujudkan selepas laluan lama rosak dan tidak selamat digunakan.

 
Kerajaan memperuntukkan kira-kira 400 ribu ringgit untuk menyediakan laluan baharu itu bagi memastikan keselamatan pendaki sentiasa terjamin.

 

Maria (Shon/Cov-Brna)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s