02/12/2015:Pengusaha Bas Tanggung Kos Perubatan Dan Pampasan

Syarikat Salam Bumimas Sdn Bhd, syarikat yang bertanggungjawab terhadap operasi bas ekspres yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di simpang Kampung Kiau, Kota Belud, Jalan Tamparuli-Ranau, kelmarin sedia menanggung segala kos perubatan dan membayar pampasan kepada semua penumpang yang terbabit.
Pengurus Penyelenggaraan syarikat berkenaan, Kasmen Mat ketika ditemui pemberita RTM di lokasi kejadian berkata, pihaknya akan menanggung semua kos rawatan perubatan penumpang yang cedera dan menanggung perbelanjaan pengkebumian pemandu dan penumpang kereta Proton Saga yang maut dalam nahas itu.
Ketika kejadian, beliau juga berkata, pihaknya telah menghubungi keluarga terdekat penumpang selain bantuan lain semasa dihantar ke hospital.
Dalam pada itu, Kasmen berkata, pihaknya juga masih menunggu siasatan lanjut pihak polis tentang punca nahas tersebut.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3.45 petang kelmarin, mengorbankan 3 nyawa dan 25 penumpang bas tercedera.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Belud, ASP Jamzami Jubin memberitahu, jenazah Petrus Anag yang terkorban dalam nahas tersebut telah dikebumikan hari ini, manakala dua lagi jenazah, Helena Anag dan Romex Juari akan dikebumikan esok.
Maria (Emran/Cov)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s