03/12/2015:Jadi Motivasi Kepada Pelajar Untuk Capai Kejayaan

Pengiktirafan Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai Pusat Pembangunan Kerjaya Terbaik di antara seluruh universiti awam negara memerlukan UMS untuk terus maju mencipta pelbagai kejayaan khususnya dalam memastikan graduan UMS berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Sehubungan itu, Program Ceramah Umum CEO @ Faculty UMS diharap menjadi panduan kepada pelajar untuk mempersiap diri menempuh alam pekerjaan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah yakin menerusi perkongsian ilmu bersama Ketua Pegawai Eksekutif ternama dalam program itu secara tidak langsung menjadi motivasi kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif yang diundang khas menjayakan program tersebut ialah Profesor Mark Chang dari Jobstreet Corporation Berhad.

Profesor Chang juga merupakan Penaung Jobstreet Corporation Berhad yang terkenal dalam bidang keusahawanan berikutan beberapa kejayaannya dalam bidang itu.

 

Ends/ezme/rg/cov-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s