03/12/2015:JPKN Berjaya Gagalkan Cubaan Menceroboh Pusat Data Kerajaan Negeri

Cubaan menceroboh pusat data kerajaan negeri di Kota Kinabalu berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN).

Dalam tempoh sebulan sahaja, dianggarkan sebanyak 300-ribu pencerobohan pusat data dikesan dari seluruh dunia termasuk Rusia dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun Pengarah JPKN, Dr. Haji Mingu Haji Jumaan memberi jaminan tahap keselamatan ICT di negeri ini berada pada tahap maksima.

Ia berikutan kekukuhan sistem keselamatan ICT negeri menerusi pelaksanaan sistem talian secara ‘in house’ oleh JPKN yang kini diguna pakai hampir semua kementerian, jabatan serta agensi di Sabah. Untuk rekod, Sabah merupakan satu-satunya negeri yang membangunkan sistem aplikasi sendiri di negara ini.

Beliau memberitahu media selepas Persidangan Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri Sabah 2015 di Kota Kinabalu.

Beliau juga optimis, pewujudan pasukan dan bahagian forensik berkaitan keselamatan dalam JPKN akan membantu mengukuhkan sistem keselamatan ICT di negeri ini.

ends/oli/hs/cvr-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s