03/12/2015:Kajian Persempadanan Bahagian Pilihanraya Akan Dilaksana Tahun Depan

Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Sabah akan menjalankan kajian persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bermula tahun depan.

Pengarahnya Datuk Mohd Idrus Ismail berkata, peningkatan jumlah penduduk merupakan faktor utama kajian persempadanan itu dilakukan.

Katanya kajian yang dilakukan 8 tahun sekali ini penting bagi menyelaras dan menyeimbangkan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Beliau juga optimis menerusi persempadanan tersebut kemungkinan diwujudkan beberapa kawasan Parlimen dan DUN yang baharu berikutan populasi penduduk yang semakin meningkat.

Beliau ditemui media sempena taklimat urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Beliau turut menjelaskan kelewatan persempadanan bagi pilihan raya di sabah disebabkan memberi laluan kepada persempadanan di Sarawak yang telahpun diluluskan di Parlimen baru-baru ini selain Pilihan Raya Umum Sarawak tahun depan.

Ends/Rita/Fa/Cov-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s