03/12/2015:PBT Diminta Pertingkat Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran terus mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan dengan membudayakan konsep cekap, cepat, berintegriti dan mesra pelanggan.

Ini kerana PBT merupakan tonggak utama dalam melaksana pembangunan sesebuah kawasan khususnya penyediaan prasarana untuk keperluan masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berucap merasmikan Majlis Perhimpunan MPS 2015 dan Pelancaran Program Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca di Dewan Masyarakat Sandakan.

Datuk Hajiji juga mahu warga Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) lebih proaktif mencapai kecemerlangan dalam pengurusan pembangunan daerah berkenaan.

Dalam pada itu, semua PBT diminta mencontohi langkah MPS yang melaksanakan inisiatif pembaharuan dalam program pengasingan sisa pepejal di punca.

Tambahnya inisiatif sedemikian merupakan usaha proaktif dalam usaha melestarikan penjagaan alam sekitar dengan lebih sistematik dan efektif untuk manfaat generasi akan datang.

Ends/wan/anthony/cov-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s