03/12/2015:Perkasa Tahap Keselamatan Dan Kedaulatan Negara

Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) kali ke 71 yang diadakan di Tawau diharap mampu memperkasa lagi tahap keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mesyuarat JPGK yang dihadiri ketua-ketua agensi utama keselamatan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia, Imigresen dan Kastam turut membincangkan beberapa isu secara kolektif.

Selain itu, pertukaran maklumat secara holistik dan membentuk persefahaman sesama agensi turut menjadi agenda utama mesyuarat selaras pendekatan kerajaan yang mengutamakan keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat JPGK dan lawatan kerja ke Pos Keselamatan Burst Point di Tawau.

Mengenai pos keselamatan Burst Point , beliau berkata, pos tersebut merupakan pos kawalan bersama antara semua agensi keselamatan. Ia bagi memudahkan kawalan dan pemantauan di kawasan sempadan negara Malaysia dan Indonesia.

Kedudukannya yang strategik memudahkan pihak keselamatan memantau dan mengekang sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan.

 

Ends/masniah/twu-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s