03/12/2015:SDC Peroleh Nilai Pelaburan Kumulatif 150.7 Bilion

Pencapaian ekonomi yang memberansangkan sejak pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) pada 2008 membuktikan ekonomi Sabah berada pada tahap kukuh sekaligus seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Jelas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, sehingga September tahun ini, SDC memperoleh nilai pelaburan kumulatif sebanyak 150.7-billion ringgit.

Melihat pencapaian tersebut, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan 2.404-billion ringgit di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 untuk pelaksanaan projek baharu SDC.

Antaranya, membesarkan Pelabuhan Kontena Sepanggar, melaksanakan Kajian Pelan Induk untuk Hub Penerbangan dan Logistik Kargo Udara serta pembinaan jeti di Kelompok Perindustrian Minyak Sawit (POIC), Sandakan.

Datuk Musa turut memaklumkan sehingga Ogos tahun ini Sabah mencatat lebihan dagangan sebanyak 6.8-billion ringgit, manakala jumlah eksport petrolium mentah menunjukkan peningkatan kepada 10.4-billion ringgit.

Beliau berucap merasmikan Pelancaran Laporan Tahunan 2014 Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dan Mesyuarat Ke-20 SEDIA di Wisma SEDIA, Kota Kinabalu.

Datuk Musa berharap SEDIA akan lebih memberi penekanan terhadap perkhidmatan untuk meningkatkan lagi ekonomi negeri tanpa menjejaskan prinsip integriti.

(sahira/cov-AN)

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s