03/12/2015:UMS Cipta Projek Inovasi Untuk Manfaat Masyarakat

Susulan beberapa kes kecuaian ibu bapa yang menyebabkan kematian kanak-kanak dalam kenderaan mendorong Fakulti Sains Dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuat kajian serta mencipta projek inovasi yang boleh dimanfaatkan masyarakat.

Produk yang dikenali sebagai Cassy-Kid atau Sistem Keselamatan Untuk Kanak-Kanak dibiayai Geran Bidang Keutamaan UMS dan dikawal selia Fakulti Sains dan sumber UMS.

Menurut Penyelia projek berkenaan, Fouziah Md.Yassin, Cassy Kids yang dihasilkan dapat meningkatkan kesedaran serta mengelak kecuaian ibubapa meninggalkan anak-anak dalam kenderaan sehingga menyebabkan kematian.

Projek berkenaan juga seiring matlamat UMS melahirkan lebih ramai graduan berprestasi tinggi, kreatif dan inovasi untuk pembangunan negara.

Fakulti Sains Dan Sumber UMS setakat ini mempunyai 14 program dan salah satunya pernah meraih emas menerusi penyelidikan Tongkat Ali Extraction And Distillation System dan A Novel Metallo-Organic Chemical Vapor Deposition REACTOR system.

 

ends/sjk/stat-AN

sheryl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s